Antara persediaan saya menghadapi alam pekerjaan ialah menyiapkan
diri dari segi mental dan fizikal.dari segi mental saya harus menjaga fikiran
saya dari pekara perkara negatif.sebagai contoh tidak melakukan aktiviti tidak
bermoral seperti merokok menghisap dadah memcuri dan sebagainya. Dari sudut
agama pula saya sebagai seorang pelajar islam
haruslah selalu berdoa pada allah swt agar di berikan jiwa yang tenang
tidak selalu stress dan dapat menempuh dugaan dlm hidup serta dijauhkan dari
godaan syaitan laknattullah.persediaan dari segi fizikal pula saya harus
menjaga kesihatan diri agar tidak menjejaskan tubuh badan saya.saya harus
menjaga pemakanan dengan mengamalkan diet yang seimbang serta tidak mengambil
makanan atau ubat yang boleh merosakkan sistem imunisasi badan saya.selain itu
saya juga perlu bersenam untuk memastikan badan saya sentiasa sihat.saya yakin
rakyat Malaysia mengenali cogan kata ini ‘’otak cergas minda cerdas’’ jadi
memang terbuktilah bahawa saya harus menyiapkan diri dari degi fizikal kerana
kerajaan Malaysia juga sangat menitik beratkan perihal kesihatan rakyat apatah
lagi saya yang bakal menempuh alam pekerjaan ini.
Pada realitinya.memang tidak dapat dinafikan bahawa pentingnya untuk
saya mengetahui bidang kerjaya yang bakal diceburi.hal ini sedikit sebanyak
membantu saya memilih kerjaya yang bersesuai dengan diri saya.pemilihan bidang
kerjaya yang betul boleh meningkatkan mutu kerja yang berkualiti sekaligus
menjanjikan masa depan yang cerah kepada saya. minat yang mendalam beserta diri
saya yang mengetahui sedikit sebanyak mengenai perihal kerjaya yang saya pilih membuatkan
saya tidak bosan apabila bekerja nanti.
Selain itu,saya haruslah menyiapkan diri dari segi ilmu dan
kemahiran untuk menghadapi alam pekerjaan.definisi ilmu ialah pembelajaran di
sekolah sama ada bagus untuk melangkah ke alam pekerjaan atau sebaliknya.jika
saya ingin melangkah ke alam pekerjaan
saya harus bersedia meningkatkan gred akedemik saya di sekolah terlebih
dahulu.tetapi lain pula bakal terjadi sekiranya saya hanya memberikan tumpuan
pada persediaan dari segi ilmu tidak pada kemahiran.bidang kerjaya yang saya
pilih memungkinkan saya untuk mencari gali kemahiran dalam bidang kerjaya
tersebut.dunia kini sangat sinonim dengan penggunaan teknologi yang begitu
pesat.contohnya kemajuan sistem internet.saya hanya perlu membuka komputer riba
dan menaip bidang kerjaya yang saya pilih di internet untuk mengetahui
kemahiran apa yang perlu saya tahu untuk kerjaya yang saya pilih.dengan itu saya boleh bersedia untuk
menghadapi alam pekerjaan nanti.
Pendedahan mengenai bidang kerjaya yang dapat saya ikuti juga
merupakan salah satu persediaan bagi saya melangkah ke alam
pekerjaan.pendedahan ini boleh saja dilakukan dari segi ceramah, sesi dialog ,
pameran risalah atau laman web yang berkaitan dengan kerjaya yang saya
pilih.oleh itu saya berharap pihak kerajaan dan pihak sekolah memainkan peranan
membantu saya dan generasi muda yang
lain bagi memilih bidang kerjaya berdasarkan minat, ilmu , dan kemahiran kami.persis
kata peribahasa ‘’ ada kemeyan sebesar lutut jika tidak dibakar tidak akan
berbau ‘’
Akhir kata , banyak yang saya harus lakukan bagi menyiapkan diri
menghadapi alam pekerjaan.dengan itu saya mengharapkan seribu satu sokongan
dari keluarga, pihak sekolah dan pihak kerajaan membantu serba sedikit untuk
saya bersedia menghadapi alam pekerjaan kerana saya percaya pada peribahasa
yang berbunyi ‘’alang alang berdakwat biar sampai hitam ‘’salam 1 malaysia
No comments:
Post a Comment