Jom semua kite bace di sudut santai ini!!! Have fun....sorry naz
just copy n paste jee... nak bg fun sikit blog naz nieee...enjoy your
self...bye...see u in next entry ya....
Cerita santai :
Cerita 1:
Arman, Latif dan Tahir
berbincang tentang kehebatan ayah masing-masing. Ketiga-tiga mereka tidak mahu
mengalah.”Ayah aku boleh berlari sepantas anak panah. Kalau anak panah
dilepaskan bersamanya dia boleh sampai dulu sebelum anak panah mengenai
sasaran,” kata Arman.
”Ah, itu belum cukup
hebat! Father I seorang pemburu yang sangat pantas berlari. Dia boleh menangkap
peluru yang ditembak dari senapangnya sendiri,” kata Latif.
”Sebenarnya kau orang
semuanya tak tahu apa yang dikatakan pantas. Ayah aku kakitangan kerajaan, dia
habis kerja pukul 4.30 petang, tapi pukul 3.45 dia dah ada di rumah. Itulah
kepantasan luar biasa,” kata Tahir bangga.
_____________________________________________________________________________________
Cerita 2:
SUATU petang Misha
meluahkan masalahnya kepada sahabat baiknya, Johan.
Misha : Sejak
kebelakangan ni, aku sering diintai seseorang ketika mandi di perigi.
Johan : Habis, apa
tindakan awak?
Misha : Semalam
aku cuba satu petua. Aku masukkan ranting-ranting tajam pada celah-celah
dinding. Anehnya, semalam dia tak datang, kalau tak, pasti buta matanya.
Johan : Oh, Mujur
semalam aku kerja!!!
_____________________________________________________________________________________
Cerita 3:
”SAYA bangga
dengan atuk,” kata Farah.
”Apa yang kamu banggakan
sangat tu?” tanya atuk.
”Setiap kali bersin,
atuk mesti tutup mulut dengan tangan,” kata Farah.
”Tentulah..! Siapa lagi
yang boleh diharap untuk mengutip gigi palsu atuk kalau tersembur keluar.”
_____________________________________________________________________________________
Cerita 4:
SEORANG ahli
biologi sedang mengkaji kebolehan katak puru melompat. Dia melepaskan seekor di
dalam makmalnya, dan menyergah katak itu supaya ia melompat. Sepantas kilat
katak itu melompat. Kemudian dia mencatat dalam bukunya. ”Katak dengan empat kaki
mampu melompat sejauh 160 sentimeter.”
Kemudian dia memotong
kaki depan katak itu, lalu menyergahnya. ”Lompat! Lompat! Lompat!!! Bersusah
payah katak itu melompat. Jarak lompatannya begitu pendek. Selepas mengukurnya,
ahli biologi itu mencatat di dalam bukunya. ”Katak dengan dua kaki hanya
melompat 60 sentimeter.”
Kemudian dia memotong
kaki belakang katak. Sekali lagi dia menjerit ”Lompat! Katak lompat!!” Tapi
katak itu tidak bergerak langsung. Dia terus menjerit, ”Lompat, lompat,
lompat!! Namun tidak ada perubahan.
Lalu ahli biologi itu
mencatatkan di dalam bukunya, ”Katak tanpa kaki, hilang pendengaran.”
_______________________________________________________________________________________
Cerita 5:
SEBELUM ke Eropah
untuk urusan perniagaan, Ahmad singgah di sebuah bank di ibu kota bagi
mendapatkan pinjaman segera RM10,000.
”Encik, pinjaman ini
perlukan cagaran. Apa yang encik nak cagarkan?” Tanya eksekutif pinjaman.
”Kereta Rolls-Royce
saya. Ini Kuncinya,” kata Ahmad.
Setelah menandatangani
surat perjanjian, eksekutif pinjaman memandu kereta Rolls-Royce itu ke kawasan
tempat letak kereta bank di bawah tanah. Kemudian dia menyerahkan RM10,000
kepada Ahmad. Dua minggu kemudian, Ahmad kembali dari Eropah dan terus ke bank
untuk melangsaikan pinjaman serta mengambil keretanya semula.
”Pinjaman encik
keseluruhannya RM10,000 dan bunganya RM30.80,” kata eksekutif pinjaman. Ahmad
menyerahkan sekeping cek kepada eksekutif pinjaman itu.
”Setahu saya, encik
jutawan terkaya di Kuala Lumpur. Mengapa perlu meminjam RM10,000 dari bank?”
eksekutif itu bertanya.
Ahmad berpaling dan
tersenyum. ”Mana ada tempat yang selamat dan murah untuk meletakkan kereta di
Kuala Lumpur. Hanya RM30.80 untuk dua minggu,” jawabnya.
_____________________________________________________________________________________
Cerita 6:
SEBAIK mengambil
tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Farid sedang
menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Farid.
Shan : Kenapa
menangis?
Farid : Saya
datang untuk ujian darah.
Shan : Awak
takut ke?
Farid :
Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah memotong
jari saya.
Mendengar penjelasan Farid,
Shan menangis.
Farid : Eh,
kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya
datang untuk ujian air kencing… _____________________________________________________________________________________
Cerita 7:
PETANG itu, Ferhad
bertemu rakan sekerjanya – seorang warga asing. Semasa minum-minum, lelaki
asing itu nampak terlalu gembira. Wajahnya berseri-seri. Melihat keadaan itu,
Ferhad bertanya.
Ferhad
: Awak nampak gembira malam ni.
Warga Asing :
Betul! Saya sangat gembira, dapat ini surat (menunjukkan sampul yang
berwarna merah itu).
Ferhad
: Siapa kasi?
Warga Asing : Saya punya
bini.
Ferhad
: Apa dia cakap?
Warga Asing : Dia cakap
dia mahu beranak hujung bulan ini.
Ferhad
: Wah! Tahniah… awak mesti balik cepat.
Warga Asing : Yalahhhh….
Saya ingatpun itu macam. Dia mesti tunggu punya, sudah tiga tahun saya
tarak balik, banyak lama tarak jumpa saya punya bini.
_____________________________________________________________________________________
Cerita 8:
KASIHANKAN ibu
mereka yang kerap mengalih-alihkan muka surat khabar setiap sekali
membaca, anak-anak membawa wanita tua itu ke optometri untuk pemeriksaan
dan menempah sepasang cermin mata.
Seminggu kemudian, kali
pertama memakai cermin mata, bergaya sungguh wanita itu.
Tiba-tiba, anak-anak
terkejut melihat emak mereka mencampakkan akhbar hari itu selepas menatapnya
beberapa ketika. Kemudian terdengar emak merungut, ”Bila aku pakai cermin mata,
mereka cetak huruf besar-besar. Dulu buat kecik-kecik. Menyusahkan orang saja!”
Anak-anak hanya ketawa
dalam hati.
_____________________________________________________________________________________
Cerita 9:
SEORANG lelaki menempah
kek hari jadi melalui telefon bagi meraikan ulang tahun kelahiran isterinya
yang ke-48.
Pembantu
kedai : Apa yang saya harus tulis pada kek itu
encik?
Lelaki
: Di bahagian atas tulis… ”Sayang tak pernah kelihatan tua,” sementara
bahagian
bawah…
”sayang memang cantik!”
Sebaik kotak kek itu dibuka di hadapan puluhan tetamu
malam itu, lelaki tadi jatuh pengsan selepas membaca tulisan pada kek itu yang
berbunyi: ”Bahagian atas sayang tak pernah
kelihatan tua. Bahagian bawah sayang memang cantik!”
_____________________________________________________________________________________
Cerita 10:
Lelaki
Malaysia : Bangunan di negara saya banyak
yang tinggi-tinggi. Jika kita merenung ke bawah semasa berada di tingkat paling
atas, kereta yang sedang bergerak nampak macam semut.
Lelaki
India : Sana
India, dia punya bangunan lagi tinggi. Itu bulan kalau mau pusing dunia, kena
ikut lorong yang betul, kalau tak ia sangkut pada bumbung bangunan.
Lelaki
Arab :
Ana punya negeri dia punya bangunan lagi tinggi. Kalau seorang bayi jatuh dari
tingkat paling atas, apabila ia mencecah bumi, usianya sudah 72 tahun.
_____________________________________________________________________________________
Cerita 11:
PADA suatu senja
yang dingin….
Ayu
: Aku sudah tidak mencintaimu sekarang. Cintaku telah beralih kepada Arul. Nah…
ambil balik cincin pemberianmu.
Zack : Okey…
di mana Arul sekarang?
Ayu :
Untuk apa awak mau menemuinya?
Zack : Aku
mahu jual cincin ini kepadanya.
Ayu :
Haaaa…!
______________________________________________________________________________________
Cerita 12:
SEORANG pegawai
polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga
lelaki yang berlaku serentak. Selepas memeriksa dan mencatat sesuatu, dia
memanggil penjaga bilik mayat.
Polis
: Mengapa ketiga-tiga mayat ini senyum?
Penjaga
: Lelaki pertama sedang bersanding, tiba-tiba diserang strok. Lelaki
kedua, kononnya baru menang loteri, tak sempat menjamah duitnya,
tiba-tiba mati terkejut akibat sakit jantung. Sementara yang ketiga mati
dipanah petir.
Polis
: Aikkk… mati dipanah petir pun senyum!
Penjaga
: Masa tu dia ingat orang sedang tangkap gambar dia, maklumlah dia
penjaring utama.
_____________________________________________________________________________________
Cerita 13:
SETELAH bersusah
payah menyimpan duit bertahun-tahun. Sharif ke bilik pameran Proton untuk
menempah kereta idamannya – Proton Exora.
Malang sungguh, selepas
dikira… dikira dan dikira, wangnya itu kurang RM10. “Tunggu kejap..” katanya
kepada jurujual. Sharif terus ke hulu dan ke hilir, mencari kalau-kalau ada
sesiapa yang dikenalinya lalu di situ. Nasibnya baik, dia nampak Leman, rakan
sekampungnya.
“Man… pinjam RM10, aku
nak beli Proton Exora tu!” kata Sharif.
Leman memandang rakannya
itu atas bawah, kemudian selamba berkata: “Nah, ambil RM20. Belikan aku satu!”
_____________________________________________________________________________________
Cerita 14:
RAJOLI masuk ke
kedai gunting rambut untuk bercukur janggut dan misainya. Sewaktu tukang
gunting menyapu buih pencukur ke dagunya, Rajoli merungut mengenai masalah
pipinya yang cekung.
“Rama, pipi aku ni
cekung sikit, susah untuk mencukur jambang,” kata Rajoli.
”Oh, itu masalah kecil
aja. Nah masukkan guli ni ke dalam mulut, kulum dan letak di belakang pipi,”
balas Rama lalu menghulurkan guli kayu sebesar buah langsat.
Rajoli menurut apa yang
disuruh sementara Rama terus mencukur jambang dan janggut Rajoli dengan mudah.
”Macam mana kalau saya
tertelan guli ni?” tanya Rajoli.
”Tak ada masalah,
pulangkan balik esok, sama seperti yang lain-lain lakukan,” kata Rama.
_____________________________________________________________________________________
Cerita 15:
HAKIM mengingatkan
saksi yang berdiri di depannya dalam satu perbicaraan di bilik mahkamah.
Hakim : Kamu tahukan di
sini kamu dikehendaki bercakap benar.
Saksi : Ya, saya
tahu, tuan hakim.
Hakim : Kamu tahu apa
yang akan berlaku apabila kamu tidak berkata benar?
Saksi : Ya, saya
pasti akan menang.
—————————————————————————————————————————–
CERITA 16
Jam sudah pun
menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera
mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu : Salim…Salim…bangun
nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salim : Alah
mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu : Apa?
Tidak mahu pergi sekolah? Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa
Salim tidak mahu ke sekolah.
Salim : Semua
murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!
Ibu : Itu
bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”
Salim : Baiklah,
sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke
sekolah.
Ibu : Eh…eh…bertuah
punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh
tahun…..
Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH….!!!”
—————————————————————————————————————————–
CERITA 17:
Suatu hari ayah Naim
dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru dalam
ujian. Setiap kali ujian, Naim didakwa selalu duduk di sebelah Azim.
Ayah : Saya
tak percaya anak saya meniru setiap kali ujian!
Cikgu : Betul
Encik, kami bukan tuduh begitu sahaja.
Ayah : Apa
buktinya?
Cikgu : Nah,
ini buktinya kalau encik tak percaya tengoklah sendiri.
Ayah Naim melihat kertas
jawapan Naim dan Azim. Soalan pertama: Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia? Naim
dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.
Ayah : Memanglah
jawapan mereka sama. Macam mana cikgu kata anak saya meniru?
Cikgu : Sabar
Encik, cuba encik lihat soalan kedua.
Ayah Naim melihat soalan
kedua: Bilakah negara kita mencapai kemerdekaan? Sekali lagi Naim dan
Azim memberikan jawapan yang sama: 31 Ogos 1957. Ayah Naim sekali lagi
marah, tetapi ditenteramkan untuk membaca soalan ketiga: Siapakah yang duduk di
sebelah Tunku Abdul Rahman di stadium merdeka?
Azim menulis: Maaf, saya
tak tahu.
Naim menulis: Kalau kau
tak tahu aku lagi tak tahu!!!
——————————————————————————————————————
Cerita 18:
BAHAGIAN I
Cikgu Ahmad sedang
mengendalikan kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti
biasa, Cikgu Ahmad akan menyuruh murid-muridnya melakukan regangan otot. Tiba
di satu bahagian, di mana murid-murid berbaring dan mengangkat kaki lalu
menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Ahmad asyik memerhati
seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba-tiba
memberhentikan gerakan kakinya. Lalu Cikgu Ahmad menyergah muridnya yang
bernama Mat.
Cikgu Ahmad: “Woiiii
Mat, apa sebab kau berhenti hah”
Mat : “Oh Cikgu Ahmad, basikal saya tengah turun bukit cikgu, sebab tu saya
berhenti.Takkan nak kayuh jugak.”
BAHAGIAN II
Waktu sekolah telah
tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Ahmad telah bertanya kepada murid-muridnya.
Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Ahmadpun bertanya,
Cikgu : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Mat : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi
mana-mana.
BAHAGIAN III
Cikgu Ahmad sedang
mengajarkan Bahasa Melayu dalam kelas 1 Damai…
Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepung?
Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah…. emak sedang membuat kek di dapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Man : Tepungkan ke dalam kek tu…. Cikgu ni tak sekolah ke hape??
BAHAGIAN IV
Cikgu Ahmad : Joe,
cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, cikgu
Cikgu Ahmad : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok
pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.
Cikgu Ahmad : Bagus! Sekarang giliran Mat pula. Apakah tugas daun pisang?
Mat : Untuk membungkus nasi lemak, cikgu…
Cikgu Ahmad : uii… lagi bagus… berdiri atas meja sampai habis kelas..
—————————————————————————————————————————–
Cerita 19:
Bos yang baik.
Seorang
bos entah macam mana ‘mood’ dia memang baik sungguh pada hari ini. Sesiapa yang
hendak minta balik lima jam lebih awal pada hari ini, dia akan benarkan tetapi
alasannya mestilah munasabah. Haaaa!!alasannya mestilah pasal sembahyang saja!
Tiba-tiba adalah 4 orang pekerja bawahan datang minta balik awal.
Pekerja 1 :
Assalamualaikum bos, boleh saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat rumah
bos, boleh tak?
Bos : Tak boleh!!!Kat sini kan ada surau, sembahyang jemaah lagi, lagi banyak
pahalanya..!
Pekerja 2 : Saya boleh
balik awai kot, bos?
Bos : Hang apa pasai?
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ke tak? Ntah-ntah
dia ponteng?
Bos : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!
Pekerja 3:
Assalamualaikum, bos!
Bos: Ha? pasal apa pulak ni? Nak balik awal juga ke?
Pekerja 3 : Errrrr!! Ya, boss, bos baik! he..hee!
Bos: Apa alasan kau?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang jenazah. Ada orang kampung saya meninggal
pagi tadi, nak sembahyang jenazah…! Boleh tak bos?
Bos : Tak bolehhh!!!Itu
fardu kifayah je! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangi. Doa kat
sini pun boleh!!Dah! Pergi buat kerja.
Pekerja 4:
Assalamualaikum, bos! Saya nak balik awal hari ni bos?
Bos : Kenapa?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kata, dia dah boleh sembahyang!
Bos: Ya ke? Ha! Kalau begitu awak baliklah. Kesian awak dah seminggu
menunggu!!!
—————————————————————————————————————————–
CERITA 20:
Bahagian 1
Suami : Kenapa Sayang
menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. ‘Sad endinglah’ bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..
Bahagian 2
Ada seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma.
Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
Budak : Derma apa bang?
Lelaki : Derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
Budak : Nanti sekejap. Saya ambilkan atuk saya.
Lelaki : ?????
Bahagian 3
Tiga orang pemuda
menunggang motosikal dan ditahan polis trafik. Namun penunggang motosikal
tersebut tidak berhenti. Katanya, “tak muat dah Tok, Kami dah bertiga!!!
Bahagian 4
Seorang datuk membawa
cucunya ke pejabat pos untuk mengepos surat.
Cucunya bertanya apabila melihat datuknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
“Atuk buat apa tu?”.
“Atuk bagi surat kat kawan atuk,cu!” jawap datuknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atuk duduk dalam tong merah
tu?”
Bahagian 5
Seorang posmen
datang menghantar surat.
” Assalamualaikum “
” Waalaikummussalam “
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Pening kepala saya mencari alamat rumah encik ni “
” Buat susah aje encik ni! Apasal tak pos aje?”
—————————————————————————————————————————–
CERITA 21:
Seorang mahasiswa
menulis surat kepada ayahnya yang berbunyi begini.
Ayah,
Saya merasa tidak selesa
kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya
merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak RM1000 daripada ayah,
walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari
hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.
Salam dari anakanda,
Sarip.
P/s: Saya merasa berat
hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang
mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat
ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa
dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.
Beberapa hari kemudian
dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas.
Kepada Sarip,
“Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima”
Dari Ayahmu.
—————————————————————————————————————————–
CERITA 22:
Salah Nama…
Cerita ini berlaku
beberapa tahun lepas. Dua sahabat, Dol dan Man sedang pulang dari tempat
kerja pada pukul 2 pagi. Tayar motosikal mereka pula pancit di
pertengahan jalan. Jadi, terpaksalah mereka menuntun motosikal
mereka.
Sampai di satu simpang, Dol dan Man mengambil jalan pintas. Mereka berdua
sudah tahu bahawa dengan melalui jalan pintas, mereka akan menempuh sebuah
perkuburan Cina. Seram juga dua orang jejaka ini tetapi sengaja sembunyikan
ketakutan mereka sambil membuat lawak.
Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pada batu. Bulu roma Dol dan Man mula
menegak.
Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk sesuatu di sebuah kubur.
Rupa-rupanya seorang Cina tua sedang memahat batu kubur.
“Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam? Bikin orang takut saja.
Esok siang buat la,” kata si Dol marah.
“Aiya, itu bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul tulis,” kata
apek tersebut.
———————————————————————————————————————-
CERITA 23:
TUDUNG
Seorang pemuda yang kepenatan kerana baru pulang dari tempat
kerjanya sedang baring-baring atas katil, tiba-tiba dia terdengar perbualan
antara jiran dia dengan anaknya.
Anak: Mak.
Mak:
Ye.
Anak:
Mak o mak.
Mak:
Ye apa?
Anak: Mak
dengar tak ni.
Mak:
Ye, mak dengar la nih.
Anak: Mak
tadi di sekolah ustazah cakap, orang Islam wajib pakai tudung.
Mak:
Ha, dah tu?
Anak: Mak
boleh saya pakai tudung?
Mak:
Ha??? Tidak boleh.
Anak:
Ustazah cakap pakai tudung untuk menutup aurat, kenapa tak boleh?
Mak: Mak kata tak boleh tak boleh la.
Pemuda yang letih tadi, tiba-tiba menjadi panas bila terdengar
perbualan mereka. Dia
mendekatkan telinga ke dinding.
Anak:
Tak kira la mak nak cakap apa, esok saya tetap nak pakai tudung.
Mak:
Kamu ni degil la, mak cakap tak boleh, tak boleh la.
Anak: Ah!
saya tetap nak pakai juga, tak kira.
Mak:
mak kata jangan, jangan la.
Pemuda itu semakin panas jadi dia bercadang nak pergi jumpa dengan
jirannya dan dia nak pertahankan kehendak anak jirannya.
Apabila dia hendak ketuk pintu rumah jirannya dia terdengar lagi.
Anak:
(dengan suara yang sedikit kasar) saya tak kira esok saya tetap nak pakai
jugak.
Mak:
Jangan.
Anak
Tudung
Mak:
Jangan
Anak:
Nak pakai jugak.
Mak:
Budin kamukan lelaki. Jangan la kamu pakai
tudung tu malu nanti mak.
Apabila dengar jirannya cakap begitu jiran tadi terus terbantut
niatnya untuk menegur jirannya dan
terus berlalu dari situ.
——————————————————————————————————————–
CERITA 24
SENGAU
Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah
bas lalu bertanya kepada pemandu bas.Lelaki Sengau: “Vang. Vas nih fegi
hamfang ke…? “(Bang, bas ni pergi Ampang ke?).Pemandu bas itu berdiam diri.
Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari
bas.Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada
pemandu bas itu.Lelaki 1: “Kenapa awak diam tadi? kesian dia…”Pemandu itu pun
menjawab: “Masham mana haya nak hawab…. haya hun hengau hugak.. hanti hia
hata haya hehek hia hulakk!!!……..” (macam mana saya nak jawab.. saya pun
sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)…”
|
———————————————————————————————————————-
CERITA 25
SALAH NOMBOR
Seorang suami telefon ke
rumahnya ketika ‘outstation’,dan kebetulan yang menjawab panggilan telefon
ialah seorang orang gaji..
Suami : Hello, selamat
petang. Puan ada?
OG : Selamat petang. Ya, encik boleh saya tolong?
Suami : Siapa ni?
OG : Saya orang gaji kat sini.
Suami : Baru, ke? Sebelum ni saya tak pernah guna orang gaji!
OG : Saya baru je kerja hari ni.
Suami : Oh, ye ke. Puan ada kat rumah tak?
OG : Ada, encik, puan tengah tidur. Encik ni siapa?
Suami : Saya suaminya.
OG : La.. sekarang puan tidur dengan siapa pulak ni?
Suami : Apa? Ada lelaki lain yang tidur dengan puan ke?
OG : Ya, encik
Suami : Tak guna!!! (menyumpah-nyumpah) Eh, engkau boleh tolong tak?
Nanti saya bagi upah RM1 juta .
OG : Boleh.. apa yang boleh saya tolong?
Suami : Masuk ke bilik kerja saya, ambil pistol dalam laci, lepas tu tembak
mereka berdua.
OG : Saya tembak puan dengan lelaki tu ke encik?
Suami : Ya.
OG : (termenung)
Suami : Macamana? Boleh tak? Kalau tidak saya tambahkan RM1juta lagi.
OG : Baik encik… saya lakukan sekarang.
Suami : Cepat!!! Saya tunggu!
Orang gaji itu kemudian mengambil pistol dan, bang..bang.. bang..
OG : Sudah, encik
Suami : Bagus, sekarang tutup hal ni, engkau buang pistol dalam kolam renang
belakang rumah.
OG : Kolam renang yang mana?
Suami : Yang di belakang rumah!
OG : Tak ada, encik. Di belakang rumah ni tak ada kolam renang!
Suami : Yeke ni?
OG : Iya!
Suami : Ni kan nombor 5097600?
OG : Bukan, encik. Sini 5907600.
Suami : Oh, sori. Salah nombor .
———————————————————————————————————————–
CERITA 26:
CEPAT KERING
Ada dua orang sahabat,
mereka sangat akrab. Seorang bernama Hanif dan yang seorang lagi bernama
Tony. Mereka ini penghuni setia rumah orang-orang gila (sakit mental).
Pada suatu hari mereka
dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah itu. Tapi
mereka berdua tidak pandai berenang. Si Hanif berehat-rehat di bawah
khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang itu.
Tiba-tiba mungkin kerana
keghairahan Si Tony terus melompat ke dalam kolam…. apalagi
terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ini dengan
pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh, nasib baik tak lemas. Memandangkan yang
Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukan, Si Hanif dengan pantas membalut
kawannya itu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanya ke dalam bilik
mereka.
Keesokkan harinya, Si
Hanif telah diarahkan menemui orang atasan. Apabila melihat wajah Si
Hanif beliau mula berkata, ” Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu
awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah
dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si
Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang waras. Namun saya juga
ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi
tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya
tergantung.
Dengan muka selamba
Hanif pun menjawab, “Tidak tuan, dia bukan membunuh diri tapi saya yang
gantung dia supaya dia cepat kering”.
———————————————————————————————————————
CERITA 27:
LAWAK SAM DAN DOL
SAM: Kenapa kamu cakap
minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik
tak mati.
===================================
SAM: Apasal kau marah kat tokey kedai 2 ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 ringgit
===================================
SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. Aku jumpa ia mati dalam air!
===================================
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah…. hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam ja….
===================================
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah.
===================================
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini “candle light dinner” dengan bini kau,
mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena
potong!
===================================
SAM: Aku ada AIDS? mana ada…
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang,
semua tak ada aids, kau orang ke-10, tak payah tanya, aku dah tahu…
===================================
SAM:Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macam ni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan
lebih baik lagi.
===================================
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang ‘signboard’ “SILA DATANG LAGI
“
——————————————————————————————————————-
CERITA 28:
KARANGAN BUDAK SEKOLAH.
Pagi itu pagi minggu.
Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi
pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di
dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam
unggun api kerana tidak tahan sejuk.
Selepas itu emak saya
mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak
menikam perut saya berkali-kali dengan garpu barulah saya bersetuju untuk
mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya
128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya
ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia
melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit
“Adoi!”.
Lepas itu emak saya naik
semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang
emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu
lori itu nampak kami mengejarnya. Diapun memecut lebih laju iaitu
sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju
iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang
tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar
pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu
terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100
orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar
menjadi Ultraman dan ‘memfire’ pemandu lori. Pemandu lori
menekan butang khas di dalam lorinya. Lori itu bertukar menjadi robot
Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati.
Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke
tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar
menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri
itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula
lalu terhempas ke jalan raya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori
sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia
menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah.
Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu
dengan kipas helikopter.
Pemandu lori
itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak saya
menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke
tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg
tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang
putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis
pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan
ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu
mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa
yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang
ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai
terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak
saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.
Di pasar, emak
saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan
peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut
dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana
terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan
yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
Cerita 29:
Tersalah e-mel
Seorang lelaki telah
menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel
itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mel kepada isterinya.
Malangnya, dia telah
tersalah taip alamat e-mel isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia
pun terus menghantar e-mel tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang
janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian
suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-melnya untuk
melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas
membaca e-mel pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda
tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai
dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:
To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002
Subject : Abang telah
selamat sampai
Abang tahu Sayang pasti
akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di
sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mel kepada sesiapa sahaja
terutama insan kesayangan kita.
Abang telah selamat
sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di
sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu
nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti
apa yang telah Abang lalui ketika ini.
Cerita 30:
Cerita
I:
Seorang jurugambar
mengambil gambar seorang tua yang menyambut hari jadinya yang ke-80 berkata,
“Saya berharap dapat mengambil gambar anda lagi tahun depan. “Mengapa tidak
anak muda, bukankah kamu masih muda dan bertenaga!!”
Cerita II:
“Mak saya tak pernah
beri perhatian langsung pada saya. Bagaimana dengan emak awak ?” “Entah…… saya
pun tak pernah dengar emak saya menyebut nama awak depan saya!!”
Cerita III.
Seorang guru bertanyakan
pada anak muridnya pada hari keputusan peperiksaan SPM keluar.
Cikgu : Tahniah, kerana
mendapat keputusan cemerlang!
Pelajar : Terima kasih
cikgu.
Cikgu : Saya tahu, kamu
telah buat yang terbaik untuk peperiksaan kamu. Jadi apa rancangan kamu selepas
ini ?
Pelajar : Balik ke
rumah!!
Cerita 31:
Nak Muntah
Di
dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit
kepalanya.
“Kenapa
nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.
“Ya
nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.
“Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”
Pemuda itu terkejut tapi
kemudian tersenyum,”Boleh nek, tapi kenapa?”
Si nenek menjawab,”Biar
muntahnya lebih cepat.”
CERITA 32:
BABA
Jurujual: Sabun apakah
yang anda gunakan selama ini?
Pelajar: Sabun Baba.
Jurujual: Kalau
deodorant, deodorant apakah yang anda gunakan?
Pelajar: Deodorant
Baba
Jurujual: Minyak
wangi?
Pelajar: Minyak
Wangi Baba.
Jurujual: Syampu?
Pelajar: Syampu
Baba.
Akhirnya dengan kecewa
si jurujual bertanya lagi, “Ok, apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau
luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu anda selama ini memakai
produk yang tidak sihat.”
Pelajar itu menjawab,
“Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba itu rakan sebilik saya.”
CERITA 33:
Di dalam satu bilik
darjah, semua pelajar tidak dibenarkan untuk bercakap. Tetapi ada seorang budak
yang bernama Manap bergegar-gegar sehingga mengganggu pengajaran yang
disampaikan oleh si cikgu.
Cikgu: Manap, kenapa
awak bergegar-gegar? Awak tak sihat ke?
Manap: Maaf cikgu. Saya
terpilih opsyen ‘vibrate’. Saya tukar kepada ‘silent’ ya.
CERITA 34:
Di sebuah tadika di
pinggir kota.
Cikgu: Amri, awak ada berapa adik-beradik?
Amri: Tiga, cikgu.
Cikgu: Awak yang paling tua?
Amri: Tak. Atuk saya.
CERITA 35:
Seorang guru Pendidikan
Seni sedang melihat kertas lukisan milik muridnya.
Cikgu: Lukisan apa yang kau buat ni Abu, kosong je?
Murid: Kuda makan rumput, cikgu.
Cikgu: Rumputnya mana?
Murid: Sudah habis dimakan kuda, cikgu.
Cikgu: Habis tu, kudanya mana?
Murid: Sudah pergi, cikgu. Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih
di situ?
CERITA 36:
Murid: Adakah cikgu akan
marah saya untuk sesuatu yang saya tidak buat?
Cikgu: Mestilah tidak.
Murid: Cantik, sebab saya tak buat kerja rumah saya.
CERITA 37:
Di sebuah kedai menjual
burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua. Kedua-dua burung itu berbeza, yang
satu suka menyanyi dan yang satunya lagi hanya diam saja, datang seorang lelaki
ingin membeli burung kakak tua. Ia berkata kepada si penjual burung.
Pembeli: Berapa harga
burung kakak tua ini??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu RM500, sedangkan yang diam itu RM1000.
Pembeli: Ahhh?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa. Memang berbeza, yang berharga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.
CERITA 38:
Orang Asli: Selamat pagi
tuan.
Polis: Selamat pagi.
Polis: Apa hal?
Orang Asli: Saya nak buat report tuan.
Polis: Pasal apa tu?
Orang Asli: Kawan saya dibaham harimau.
Polis: Pukul berapa?
Orang Asli: Dia tak pukul, terkam.
Polis: Habis?
Orang Asli: Tak habis, tinggal kepala.
CERITA 39:
Doktor: Encik kena ambil
3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.
CERITA 40:
Kerana Isteriku Bernama Liza
“Abang ni, pakai tu
elok-elok la sikit,” kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin
tersenyum memandang isterinya.”Cantik isteri abang hari ni,” Usin mencubit pipi
Liza lembut.
“Ayah, ayah, cepat la
ayah,” Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak
bertolak pulang ke kampung. “Yelah, yelah, ayah dah siap ni.” Liza hanya tersenyum
melihat suaminya itu melayan kerenah anak-anak mereka yang comel dan manja.
“Abang, dah lama kita
tak balik kampung macam ni, ye?” “Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan
urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.” Usin
berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL
ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun
terlelap di kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. “Tak sabar
rasanya nak tiba kat kampung,” Usin berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit
Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin
semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal
minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Usin mencilok ke kiri,
mencilok ke kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin ketia
itu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
“Eh abang, kenapa bawa
laju sangat ni?” tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.”Tak ada apa la sayang,
rileks…cepat sikit kita sampai kampung nanti.” “Sabar bang, sabar. Biar lambat
tak apa….jangan laju sangat bang, Liza takut.” Liza cuba memujuk Usin supaya
memperlahankan kenderaannya. “Rileks Liza? Tak ada apa-apa,” Usin terus
memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
“Haaa..kan, tengok. Tak
ada apa-apakan?” kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. “Sudah la
tu bang.” “Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang potong dia
aaa….” Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga menjejak ke
lantai.
Usin terus membelok ke
kanan untuk memotong dan …di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar
dan gagah dan………………..ABANG!!
______________________________________
“Usin….bangun Sin,”
sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya
di situ. “Mana Liza mak? Macam mana dengan Liza mak? Farah, Adi….mana anak-anak
saya mak?” Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan
kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.
Emaknya memandang Usin
tepat-tepat. “Macam mana dengan isteri Usin mak, Liza?” Usin masih terus
menangis.
PANGGG!!
Kepala Usin yang botak
itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat
dia macam tu?
“Banyak la engkau punya
isteri! Kerja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja
macam ni! Dah! Bangun pergi sembahyang!” emaknya terus merungut sambil berlalu
keluar….
…Dan Usin tersengih
keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu betul dia pada hari
itu. Mimpi rupanya.
CERITA 41:
CITA-CITA
Seorang guru tadika
sedang memupuk rasa percaya diri kepada murid-muridnya. Guru tersebut meminta
mereka untuk memperkenalkan diri sekali gus memberitahu tentang cita-cita
mereka.
Abu berdiri dan
berkata, “Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi
juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan
sebagainya”.
“Bagus Abu. Terima
kasih. Siapa lagi?”, tanya cikgu.
Seorang pelajar
perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, “Nama saya Noni binti Samad.
Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang
comel”.“Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa
lagi?”.
Seman berdiri dan
berkata, “Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk
membantu Noni mencapai cita-citanya…”.
CERITA 41:
Kuliah
Seorang Profesor sedang
memberikan kuliah kepada 300 orang muridnya di sebuah universiti..Kata Profesor
” Kalau anda tidak berminat dengan kuliah yang saya berikan, anda boleh keluar
pada bila-bila masa”..
Semasa kuliah berjalan
selama 30 minit sedikit demi sedikit penuntutnya keluar sehingga hanya tinggal
seorang saja yang tinggal..
Setelah Professor
menghabiskan kuliahnya profesor itu berkata,”Terima kasih kerana sudi mendengar
kuliah saya”.. “tidak mengapa tuan, sayakan ‘driver’ tuan”..balas orang itu…
CERITA 42:
Jual Telur
Pembeli: “Dik,
telur sepuluh biji berapa?”
Penjual: “Telur
ayam atau telur itik?”
Pembeli: “Telur
ayam.”
Penjual: “Telur
ayam biasa atau ayam kampung?”
Pembeli: “Ayam
biasa.”
Penjual: “Yang
tempatan atau yang import?”
Pembeli: “Yang
tempatan.”
Penjual: “Yang
tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?”
Pembeli: “Yang
Ipoh lah…” (Sambil terlihat kesal).
Penjual: “Mahu
yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?”
Pembeli: “Adik
nie jual telur atau nak jalan-jalan?”
Penjual: “Maaf
kak, saya penjual mi rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi
makan.Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.
CERITA 43:
Penjaga lintasan
kereta api
Sarjo memohon pekerjaan
sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia dihantar berjumpa Pak Basri , ketua
bahagian lalu lintas untuk ditemu duga.
“Katakan ada 2 kereta
api melalui jalan yang sama pada masa yang sama, apa yang akan kamu lakukan?,”
tanya Pak Basri.
“Saya akan pindahkan
salah satu rel yang lain,”jawab Sarjo.
“Kalau ‘handle’ untuk
mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu lakukan?” tanya Pak Basri lagi.
“Saya akan turun ke rel
dan membelokkan relnya secara manual”.
“Kalau tidak berfungsi
atau alatnya rosak, bagaimana?”.
“Saya akan balik ke
pejabat dan menghubungi stesen terdekat.”
“Kalau telefonnya sedang
digunakan?”
“Saya akan lari ke
telefon awam yang terdekat?”
“Kalau telefon awam
rosak?”
“Saya akan pulang
menjemput nenek saya.”
“Ooo….tapi kenapa pulak
awak jemput nenek awak?” tanya Pak Basri kehairanan.
“Kerana seumur hidup
nenek saya selama 73 tahun , nenek saya belum pernah melihat kereta api
berlanggar.”
CERITA 44:
Lelaki Sakit
Jiwa
Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan
terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari
lintang-pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu
dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor melakukan ujian
ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.
Doktor : Adakah
kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya,
doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu
takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak
doktor.
Doktor : Hmm..bagus.
Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi
doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa
dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah
jadi manusia.
Doktor : “???”
CERITA 45:
Durian yang Sombong
Dalam satu pertandingan
antara buah-buahan tempatan, berkatalah buah durian dengan angkuhnya “Siapa
lagi antara kamu yang sanggup berlawan dengan aku, aku percaya tiada lagi yang
dapat mengalahkan aku”.
Dalam kalangan
buah-buahan tempatan yang mendengar kata-kata durian itu berkatalah belimbing
kepada durian “Kalau kau setuju aku akan membawa saudaraku untuk bertarung
dengan kamu” mendengar kata-kata belimbing tadi durian pun ketawa sambil
berkata, “Ha.. Ha.. ha.. aku tau kau nak membawa belimbing besi untuk bertarung
dengan akukan,.. silakan. Bawalah berapa ramai sekalipun mereka ke mari aku
sedia menerima cabaran mereka”
Buah-buah lain yang
hadir ketika itu menasihatkan belimbing agar membatalkan saja niatnya
untuk membawa saudaranya bertarung dengan durian, tetapi belimbing tetap
berkeras hendak membawa saudaranya bertarung. Belimbing berasa geram dengan
sikap durian yang semakin sombong dan angkuh.
Maka belimbing pun
membawa saudaranya masuk ke dalam gelangang dan pertandinganpun bermula. Durian
dengan angkuhnya baring sambil meniarap di gelangang dan berkata “Aku beri
peluang saudaramu ini untuk menghempap diriku dulu dan kita akan lihat nanti
siapa yang berasa sakit pula ha..ha..ha..” kata durian dengan sombongnya.
Maka dihempaplah durian
oleh saudara belimbing tadi. Dengan hanya sekali hempap durian pecah dan
terbelah dua. Durian yang agak terkejut dan berasa sakit lantas bangun dan
menoleh kepada saudara belimbing tadi.
Durian merasa terkejut
melihatkan saudara belimbing tadi lalu berteriak dan mengadu kepada Cempedak
yang mengadili pertandingan tersebut “Hoiii… mana aci macam ni, ini dah kira
tipu.. dia ni kan penyu belimbing, kalau macam ni matilah aku…
CERITA 46:
Pensyarah
dan petugas TNB
“Hei, kamu yang berdiri
di belakang,” tegur pensyarah
“Cuba sebutkan individu
yang terlibat dalam Perjanjian Pangkor!”
“Maaf, saya tidak tahu..
encik”
“Apa? tidak tahu?
Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa perjanjian itu
ditandatangani?”
“Maaf, saya tidak tahu
juga, encik..”
“Tidak tahu sama sekali?
Maklumat itukan sudah saya berikan untuk dibaca minggu lalu. Jadi untuk apa
kamu datang ke sini kalau tidak tahu?”
“Mahu memeriksa kabel
lampu ini encik… Saya petugas TNB”