Wednesday 1 February 2012

E-pendidikan

Soalan:faedah faedah sistem e pendidikan di negara Malaysia.
Seiring dengan arus pemodenan,kerajaan Malaysia telah menaik taraf sistem pendidikan negara.sistem e pendidikan antara salah satu usaha kerajaan menaikan taraf pendidikan negara.sistem  ini menggunakan kemajuan teknologi dan it.oleh itu,terdapat banyak faedah  dapat diperolehi pelajar melalalui sistem e pendidikan ini.

Antara salah satu faedahnya ialah pelajar boleh mengikuti pembelajaran mengikut masa mereka sendiri.konsep ini memudahkan pelajar mengikuti pembelajaran tak kira di mana saja mereka berada.pelajar juga boleh menjimatkan masa selain dapat meluangkan masa untuk merehatkan diri dari mengikuti kelas seperti kebiasaannya.
Faedah lain yang boleh didapati dari sistem e pendidikan ialah,pelajar boleh bekerja sambil belajar.mereka mempunyai masa untuk menguruskan masa pembelajaran dan masa untuk bekerja.e pendidikan ialah sistem pendidikan yang menggunakan teknologi moden seperti talian internet dan telefon.pelajar hanya perlu menghidupkan suiz komputer riba atau mengakses internet menggunakan telefon untuk mengikuti pembelajaran di mana sahaja walaupun mereka sedang bekerja.
Selain itu,faedah lain dari system e pendidikan ialah konsep pembelajarannya yang kolaboratif.bahan pembelajaranya  disediakan dalam bentuk cd rom atau careka padat.kaedah pembelajaran ini  dapat menjimatkan masa dan pengunaan kertas sekali gus mengatasi pencemaran alam sekitar.sebagai contoh,semasa pelajar mengikuti pembelajaran di kelas bersama pensyarah,pelajar dibekalkan cd rom atau careka padat berserta no id untuk mengakses laman sesawang yang berkaitan pelajaran mereka.hal ini tidak seperti 10 tahun dahulu,mahasiswa dan mahasiswi hanya bergantung pada kertas yang diberikan pensyarah mereka.akibatnya alam sekitar makin tercemar.tegasnya disini,penggunaan cakera padat dan cd rom serta laman sesawang bukan sahaja dapat memudahkan pelajar mengikuti pembelajaran malahan juga dapat menyelamatkan bumi dari terus tercemar akibat dari penggunaan kertas.

Secara keseluruhan, sistem e pendidikan yang diperkenalkan kerajaan mempunyai banyak faedah dalam semua aspek pendidikan dan boleh juga diguna pakai oleh semua golongan pelajar tak kira di sekolah rendah mahupun sekolah menengah.pihak kerajaan berusaha bermati matian semata mata untuk menaikan taraf sistem pendidikan negara seiring dengan negara maju yang ada pada hari ini.jika semua lapisan masyarakat berganding bahu untuk merialisasikan harapan kerajaan,ibarat ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni,insyaallah pekara ini akan mencapai hasrat kerajaan untuk wawasan 2020 supaya sistem pendidikan negara seiring dengan sistem pendidikan  bertaraf dunia.
‘’Niee karangan yg naz wat untuk kerja skol bm…just prepare untuk ujian yg pertame bln 2 niee…so hopely naz berjaye dpt mrkah tinggi … arap cngat dpt a- ke ats…naz bkn nyer pndai sngat dlm bm but naz nk jgk kongsi cre naz wat krngan ngan semua…so kalo adew slh n silap tu mintak maap la erk n betolkanlah yg mne rse slh x pown rujuk at cikgu bm at skol msing2…okeyyy thank you sudi bce entry niee’’