Monday 2 April 2012

karangan memupuk semangat perpaduan


Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun, namun untuk mencapai sebuah negara yang harmoni sudah tentu melalui pengalaman pahit. Bermula daripada sejarah penjajahan Portugis,Belanda dan Inggeris sudah pasti pengalaman tersebut tidak mahu diulangi lagi.Perpaduan bermaksud  masyarakat yang bersatu hati, bekerjasama dan sepakat antara satu sama lain.Kita tiada lagi pahlawan yang membela nasib negara dari dijajah tetapi kita masih lagi mempunyai barisan pemimpin negara yang diketuai oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.Perpaduan hanya memerlukan kita bersatu padu dan bekerjasama tanpa mengira agama dan kaum.Persis kata peribahasa’’bersatu kita teguh bercerai kita roboh’’
                                 Perpaduan kaum boleh dibina melalui gotong royong.Pada zaman serba moden ini masyarakat di Bandar terutamanya tidak lagi menghiraukan amalan gotong royong ini.Malaysia juga sangat sinonim dengan masyarakatnya yang berbilang kaum.Gotong royong di kalangan masyarakat pelbagai kaum boleh mengeratkan perpaduan sekaligus mengeratkan hubungan antara masyarakat setempat.Hal ini dapat dilihat apabila masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum dapat berinteraksi antara satu sama lain.Mereka boleh bertanya khabar dan bekerjasama dengan kaum lain dalam melaksanakan gotong royong.Ringkasnya,perpaduan  wujud disebabkan sudah mengenali antara satu sama lain dalam gotong royong itu.
                                 Selain itu,semangat perpaduan boleh terbina melalui keperihatinan pemimpin negara.Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang sanggup turun padang demi melihat kesusahan rakyat tanpa mengira kaum dan agama selain dapat menghulurkan sumbangan untuk mengurangkan beban rakyat yang memerlukan.Inilah yang dikatakan  nilai keperihatinan mengatasi keangkuhan dan kesombongan.Keikhlasan pemimpin membantu rakyat mampu  melahirkan rakyat yang rela menjaga keamanan dan kemakmuran negara kerana memikirkan pemimpin yang prihatin tentang nasib rakyat.Peribahasa melayu ada mengatakan bahawa muafakat membawa berkat.Dari peribahasa melayu tadi sudah terbukti jika ada permuafakatan antara rakyat dan pemimpin sudah pasti segala apa yang dilaksanakan mendapat sokongan dan akan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.
                                 Tidaklah lengkaplah sesuatu agenda itu tanpa aktiviti.Bersukan juga boleh dikatakan dapat memupuk perpaduan kaum di negara ini.Hal ini berlaku kerana masyarakat yang berbilang kaum bekerjasama untuk mencapai kemenangan.Antara aktiviti yang dilakukan  ialah bola sepak,badminton,dan sebagainya.Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara kaum tapi merapatkan jurang antara rakyat yang berbeza kaum. Selain itu, ada sebilangan penonton yang juga berbeza kaum akan turut serta berada di stadium untuk bersorak atau menyokong mana-mana pasukan mereka.
                                 Natijahnya,jika semua rakyat berganding bahu ibarat bukit sama didaki lurah sama dituruni insya-Allah perkara ini dapat direalisasikan.Justeru ,kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah bekerjasama memupuk perpaduan.Usaha ini tidak  berhasil jika dilakukan sebelah pihak sahaja.Masyarakat di Malaysia haruslah mempraktikkan segala elemen yang menerapkan nilai perpaduan barulah negara lebih harmoni dan terbilang.

‘’Naz wat niee just nak tngok kebolehan naz wat krngan ….bnyak jugak yg cikgu komen tpi naz ambik itu sebagai iktibar… Almaklum la kne selalu practice…perikse lagi bpe bulan jeee…tkot x bole skor bm… kate orng ‘’PRACTICE MAKE PERFECT’’…so naz ikot lah kate2 tu…hopely naz brjye dpt A+ seperti yg diidamkan…..AMIN…see u in next entry’’

No comments:

Post a Comment