Monday 2 April 2012

karangan sektor pertanian

Sektor pertanian pernah menjadi tunjang kekuatan ekonomi negara pada suatu ketika dahulu. Hasil getah, kelapa sawit, padi dan seumpamanya juga pernah menjadi penyumbang terbesar pendapatan negara.Pertanian merupakan hasil sesuatu benda secara semulajadi.Pertanian di Malaysia meliputi penternakan,perladangan,perikanan dan pertanian.
Antara kepentingan sektor pertanian ini ialah ia dapat meningkatkan ekonomi negara.Negara kita mengimport hasil pertanian ke luar negara.Antara hasil pertanian yang diimport ialah kayu balak,sumber perikanan,hasil sayuran,hasil buah-buahan dan sebagainya.Selain perkara di atas Malaysia juga dapat membawa masuk wang ke dalam negara sebagai sumber kewangan negara.
Selain itu,sektor pertanian dapat menjana pendapatan rakyat.Satu per tiga rakyat Malaysia merupakan golongan yang berpendapatan rendah.Melalui sektor pertanian inilah rakyat yang berpendapatan rendah boleh menjadi seorang pengeluar hasil pertanian.Sebagai contoh,petani moden,peniaga,pegawai pertanian atau usahawan.Golongan ini mampu menyumbang pendapatan kepada negara kerana mereka mempunyai kuasa untuk membeli hasil pertanian yang ada di Malaysia.
Sektor pertanian ini juga mampu menaikkan nama negara di serata pelusuk dunia.Hasil pertanian yang di eksport ke luar negara membuatkan rakyat di negara lain menyebut nyebut nama negara dan mengenalai negara kita kerana hasil pertanian yang dieksport bermutu tinggi dan segar.
 Kebelakangan ini kita selalu mendengar mengenai negara yang mengalami krisis makanan seperti Somalia.Jadi terbuktilah di sini bahawa,sektor pertanian amat penting dalam menyediakan bekalan yang cukup kepada rakyat tempatan.Sebagai contoh bekalan yang penting kepada rakyat Malaysia ialah,gula,sayur dan padi.Hal ini  dapat mengelakkan negara kita dari dilanda krisis makanan.
Antara kepentingan sektor pertanian yang lain ialah kita dapat mengelakkan pergantungan negara pada bekalan bahan makanan dari luar negara. Hal ini disebabkan kadar pertumbuhan pesat penduduk di malaysia yang sudah pasti akan memerlukan jumlah makanan yang lebih besar. Kebanyakan bahan makanan asas seperti beras, gula dan bijirin yang lain sesuai ditanam di negara ini.
Kesimpulannya,pertanian merupakan perniagaan yang mampu menjamin kestabilan ekonomi negara.Sektor pertanian juga mempunyai potensi untuk dimajukan.Kita seharusnya menggunakan tanah yang serba subur di negara kita ini sebagai tanda penstabilan ekonomi negara kita.Persis kata peribahasa melayu’’yang baik di jadikan teladan,yang buruk dijadikan sempadan.’’Salam 1 malaysia.
                                                                               
 (370 patah perkataan)

No comments:

Post a Comment