Friday 23 December 2011

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN

                         

SOALAN
             Isu semangat gotong royong dalam kalangan masyarakat malaysia sering kali dipersoalkan.Masyarakat kini seolah-olah tidak menghiraukan amalan gotong royong ini.

             Perbandingan di antara masyarakat bandar dan kanpung mengenai isu gotong royong ini sangat berbeza.Ini kerana masyarakat di bandar tidak menghiraukan gotong royong kerana kesibukan bekerja,tetapi masyarakat di kampung pula banyak masa untuk bergotong royong.Ada pula,segelintir masyarakat menganggap gotong royong itu hanya membuang masa dan tenaga mereka sahaja.Oleh kerana pemikiran sebegitu,amalan gotong royong ini semakin dilupakan dalam kalangan masyarakat.Selain itu,semangat gotong royong hanya ada pada warga masyarakat yang berumur 40 tahun ke atas berbanding remaja 15 tahun ke atas.Kerajaan telah melakukan pelbagai cara untuk menarik minat remaja mengenai amalan gotong royong melalui pelbagai cara seperti kempen dan nasihat di stesen tv tetapi itu semua ibarat''didengar ada dipakai tiada''.Di samping itu,usaha kerajaan dikatakan ibarat ''mencurahkan air ke daun keladi''kerana usaha itu tidak dihiraukan dalam kalangan masyarakat terutama sekali remaja.Kerajaan banyak menghabiskan wang untuk menaikan semangat bergotong royong dalam kalangan masyarakat,tetapi itu pekara sia-sia sahaja.Kerajaan hampir putus asa untuk membuat kempen gotong royong lagi kerana tidak langsung mempunyai hasil.

                Kesimpulannya,masyarakat terutamanya remaja haruslah ada semangat gotong-royong kerana itu semua untuk kesenangan masyarakat sekeliling dan menjana kemajuan kerajaan malaysia.

                                                                                                                             (201 patah perkataan)

                 

No comments:

Post a Comment