Wednesday 26 September 2012

cerpen untuk anda....


Amirah merupakan pelajar tahun akhir dalam bidang animasi dan permainan di sebuah universiti kerajaan.beliau seorang yang sangat mempercayai pada peribahasa melayu’’hendak seribu daya.tak hendak seribu dalih’’.amirah juga mahu dirinya terpilih untuk menyambung pelajarannya ke luar negara setelah hal itu diumumkan oleh pihak universitinya.
Amirah bukanlah anak orang berada.dia datang dari keluarga yang miskin dan tinggal di kampong.di dapat menyambung pelajarannya ke university pun atas sumbangan dan biasiswa yang diberikan oleh pihak kerajaan kepadanya.ibunya puan siti menyapa amirah yang termenung keseorangan di anjung rumah usang mereka.’’mirah,apa yang kau menungkan nak?’’kata ibunya.amirah membalas dengan penuh sopan.’’mirah hanya memikirkan bagaimanakah caranya untuk terpilih menjadi salah seorang pelajar yang dapat menyambung pelajaran ke luar negara itu, ibu.memandangkan peluang sudah terbuka di depan mata,amirah harus merebutnya.’’kata amirah.ibunya hanya mampu tersenyum mendengar anak sulungnya itu berceloteh.’’mirah harus menggunakan masa dan peluang dengan seeloknya.mirah juga kena lakukan apa sahaja tugasan yang diberikan oleh pensyarah supaya mereka boleh mencalonkan nama mirah sebagai salah seorang pelajar yang dapat menyambung pelajaran ke luar negara.’’celah ibunya.mendengar nasihat yang diajukan oleh ibunya,amirah seolah-olah mendapat semangat baru.semangatnya yang mati sebelum ini mendapat nyawa baru disuntik oleh nasihat dari ibunya.

Seperti kebiasaanya,amirah datang awal ke kelas.hari ini ialah penciptaan perisaian permainan.pensyarahnya encik baharum menegur amirah yang leka membaca buku itu.’’amirah,mari duduk di hadapan saya sebentar.’’kata encik baharum.amirah yang leka membaca buku itu .lantas membatalkan niat untuk membaca buku dan beredar kea rah meja pensyarahnya.’’ada apa encik memanggil saya?’’kata amirah.dia seolah-olah kebinggungan.ada apa sebenarnya,bisik hati kecil amirah.setelah encik baharum mebelek beberapa fail dia mula berbicara dengan amirah.’’silakan duduk amirah.saya sebenarnya ada berita penting untuk disampaikan kepada kamu.sebenarnya kamu antara calon untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara oleh pihak universiti kita,tetapi ada syaratnya untuk kamu supaya terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.’’tegas encik baharum.

Amirah yang mendengar berita itu lantas melebarkan senyumannya yang member tanda bahawa dia sangat gembira mendengar berita itu.’’betul kea pa yang encik cakapkan ni’’balas amirah.’’ya,saya tidak main-main amirah.awak tercalon kerana awak merupakan pelajar saya yang berpotensi mengembangkan bakat dalam bidang animasi ini.sudah lama saya perhatikan awak,dan saya rasa awak layak untuk bantuan ini.soal wang ringgit awak jangan risau,saya juga dah mendapatkan bantuan biasiswa melanjutkanpelajaran ke luar nigara dari kerajaan untuk awak kerana saya tahu keadaan keluarga awak yang susah.’’kata encik baharum.amirah hanya mampu tersenyum.dia seolah olah tergamam dan menjadi kaku setelah mendengar pensyarahnya berbicara.dalam hatinya,dia hanya mampu memnajtakan syukur ke hadrat ilahi.’’saya gembira sangat mendengar berita ini encik,tetapi apa pula syarat yang harus saya lakukan seperti yang encik baharum cakapkan tadi?’’kata amirah.setelah 15 minit mereka berbual,akhirnya amirah duduk kembali di kerusinya.amirah memikirkan syarat yang dinyatakan oleh pensyarahnya itu.membuat satu animasi 3d mengenai kepentingan menjaga keindahan alam semulajadi.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan.dengan usaha amirah mencari bahan,terhasillah satu cerita animasi 3d yang diberi tajuk’’fresh air for us’’.saban hari amitah menghadap komputer riba yang diberi oleh pihak kerajaan kepadanya,melakukan kerja-kerja bagi memastikan animasinya siap sempurna.animasi itu amirah masukkan ke dalam cd dan beliau melangkah ke bilik pensyarahnya dengan penuh bangga dan semangat.amirah mengetuk pintu bilik encik baharum lantas memberi salam tanda hormat.’’asalamualaikum encik baharum’’kata amirah’’waalaikumsalam’’balas encik baharum.amirah duduk dikerusi bertentangan meja pensyarahnya lalumenyerahkan cd animasinya.encik baharum kelihatan tenang dan tersenyum lebar melihat animasi amirah itu. Dia betul-betul merasakan amirah layak untuk menyambung pelajaran ke luar negara.betul-betul layak.bisik hati encik baharum.

Hari ini merupakan hari pengumuman 2 pelajar dari setiap jurusan yang terpilih untuk menyambnung pelajaran ke luar negara.amirah mendengar dengan penuh yakin.’’jurusan animasi komputer dan permainan,pelajar yang layak menerina bantuan ini ialah siti haznina dan siti amirah’’kata encik fuad affendi selaku penyelaras bagi bantuan menyambung pelajaran ke luar negara ini.bagaikan luluhnya bunga sakura,begitulah juga luluhnya hati amirah apabila namanya disebut.di dalam hatinya berkembang mekar bunga kegembiraan dan bibirnya tidak berhenti menyebut subahanallah Alhamdulillah ya allah.memang benar kata peribahasa melayu,hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.jika inginkan sesuatu mesti berusaha untuk mendapatkanya.ini kenangan yang terindah buat amirah.dia hanya mampu tersenyum.