Thursday 29 December 2011

LENSA IDAMAN

LENS!!!

LENSA SUDUT SUPER LEBAR

LENSA SUDUT LEBAR

LENSA NORMAL

LENSA MAKRO

LENSA JARAK JAUH
sebenarnya naz mmg dah lme idaman kan nk beli kamera tpi...terpakse la tngu...boleh tngok jeee la picture at laptop naz ni!!!! hahaha...ok back to topics!!! ini jenis lensa yg naz thu kalo adew lgi dri ni crik la naz thu yg ni jee...dlm semua ni naz idamakan nk beli lensa makro!!! wah..sebab naz suke tngkap gmbar alm hijau ni lgi2 serangge kecik ni....so lensa makrolah yg sesuai....ok...have a look erk...LENSA DI ATAS....

Friday 23 December 2011

PANDUAN PELAJAR CEMERLANG

:) BAGAIMANA MENJADI PELAJAR CEMERLANG?
1-MENUMPUKAN PERHATIAN
2-AJUKAN SOALAN
3-MEMBACA DAN MEMAHAMI NOTA
4-MEMPERBANYAKAN LATIHAN
5-MEMBUAT NOTA RINGKAS
6-MENGADAKAN KUMPULAN PERBINCANGAN

:) BAGAIMANA MEMBINA OTAK CERDAS?
1-SENTIASA MENGASAH MINDA
2-LUASKAN PEMBACAAN
3-LUASKAN PERGAULAN
4-GAYA HIDUP SIHAT
5-PEMAKANAN

:) BAGAIMANA MENANGANI TEKANAN DALAM PELAJARAN?
1-BERBINCANG DENGAN GURU
2-TIDAK MELETAKKAN HARAPAN TERLALU TINGGI
3-BERFIKIRAN POSITIF
4-AKTIVITI RIADAH

ini hanyalah seba sedikit tips yang naz nk kongsi untuk semua....almaklun lah kata orng tua''rezeki x dtng bergolek'' jadi bg naz kalo nk ilmu tu usahalah sekuat mungkin jgn tunggu ilmu tu turun dri langit atau masuk dlm otak kite...hopely tips di atas berguna untuk anda semua lebih-lebih lgi pada sesiapa yg bakal mngambil peperiksaan awam...thankz....

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN

                         

SOALAN
             Isu semangat gotong royong dalam kalangan masyarakat malaysia sering kali dipersoalkan.Masyarakat kini seolah-olah tidak menghiraukan amalan gotong royong ini.

             Perbandingan di antara masyarakat bandar dan kanpung mengenai isu gotong royong ini sangat berbeza.Ini kerana masyarakat di bandar tidak menghiraukan gotong royong kerana kesibukan bekerja,tetapi masyarakat di kampung pula banyak masa untuk bergotong royong.Ada pula,segelintir masyarakat menganggap gotong royong itu hanya membuang masa dan tenaga mereka sahaja.Oleh kerana pemikiran sebegitu,amalan gotong royong ini semakin dilupakan dalam kalangan masyarakat.Selain itu,semangat gotong royong hanya ada pada warga masyarakat yang berumur 40 tahun ke atas berbanding remaja 15 tahun ke atas.Kerajaan telah melakukan pelbagai cara untuk menarik minat remaja mengenai amalan gotong royong melalui pelbagai cara seperti kempen dan nasihat di stesen tv tetapi itu semua ibarat''didengar ada dipakai tiada''.Di samping itu,usaha kerajaan dikatakan ibarat ''mencurahkan air ke daun keladi''kerana usaha itu tidak dihiraukan dalam kalangan masyarakat terutama sekali remaja.Kerajaan banyak menghabiskan wang untuk menaikan semangat bergotong royong dalam kalangan masyarakat,tetapi itu pekara sia-sia sahaja.Kerajaan hampir putus asa untuk membuat kempen gotong royong lagi kerana tidak langsung mempunyai hasil.

                Kesimpulannya,masyarakat terutamanya remaja haruslah ada semangat gotong-royong kerana itu semua untuk kesenangan masyarakat sekeliling dan menjana kemajuan kerajaan malaysia.

                                                                                                                             (201 patah perkataan)

                 

Thursday 22 December 2011

TAHNIAH.....ADIK2 SEMUA.....

ALIA-3A 5B
TAHNIAH!!!!

AIN-2A 3B 2C
TAHNIAH ERK!!!

SEMOGA SPM NTI OK JGAK!!!

NI ADEK SYE DIE OK LA JGAK
1B 4C 3D....OK LA TU KAN...TAHNIAH
erm....petng nip tergerak aty lak nk story pcl adek2 angkat n adek sye sendiri yg tdnya ambik result pmr mereka....hem...keputusan mereka sngat memuaskn...naz pun kalah dngan dorng ni...hahah...so let's look out this!!!!

Wednesday 21 December 2011

makro tips !!! i give to you !!!!

sye dah pernah try tngkap pic makro menggunakkan iso shutter speed and focal length yg tersenarai di bawah....setiap satu picture anda pasti berbeza-beza hasilnya!!! try yah!!!




Shutter speed -1/1.6s | Aperture - F/8 | Focal length - 40mm
Shutter speed - 1/1000s | Aperture - F/3.5 | Focal length - 40mm

Shutter speed - 1/640s | Aperture - F/3.2 | Focal length - 40mm


Shutter speed - 1/60s | Aperture - F/5.6 | Focal Length - 40mm

Shutter speed - 1/200s | Aperture - F/2.8 | Focal length - 40mm


lawak air !!!

LAWAK 1-CERITA AIR
Anis adalah seorang pelajar tadika...beliau pelajar yang nakal dan sering dimarahi oleh guru-gurunya
walau bagaimanapun,Anis begitu bijak dalam pendidikan ilmu sains dan teknologi sehinggakan beliau lupa 
daratan.
CIKGU LAILI: Anis bangun,cikgu nak tanya awak?bagaimana mengeja perkataan air?
ANIS: alaaaa.....cikgu mudah sahaja ejaan air.Adik saya yang tak sekolah pun tahu.
CIKGU LAILI: bagaimana ejaannya???
ANIS: HIJKLMNO
CIKGU LAILI: kenapa awak mengeja perkataan air macam begitu??
ANIS: bukankah ejaan air bereti H to O(H2O).betul tak cikgu???
CIKGU LAILI:?????....@@@@?????

Thursday 8 December 2011

RAHSIA DATE BESDAY ANDA!!!!

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.
no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6

APE colour ko BG aq????

Black - I want a relationship with you.
Green - I'm falling for you.
... ... ... Purple - I miss you.
Orange - I really like you.
Pink - I love you.
Red - I miss how we were.
Yellow - You're amazing
Blue - You're friendly.
Grey - We need to talk more.
Silver - I want your number.
Gold - I hate you.
Rainbow - You're my everything..

mari kite tngok ape yg kwn atau pakwe atau mkwe or spe je la bg pde anda...hemmm...agk2 kwn2 sye pilih mne erk!!!! hehehehe:)

Thursday 1 December 2011

cuti pun kne study...bru berjaye

Terdapat beberapa tip yang boleh anda amalkan semasa cuti sekolah ini. Antaranya ialah :
1. Mengamalkan prinsip belajar “sedikit demi sedikit”
Belajar dalam janka masa yang singkat, tetapi kerap dan berterusan. Contohnya pada musim cuti ini anda buat latihan matematik selama 30 minit dan ulangkaji atau buat latihan bahasa inglish selama satu jam setiap pagi.
2. Siapkan semua kerja sekolah yang diberikan
Saya percaya sebelum anda cuti, guru-guru anda telah memberi kerja sekolah untuk disiapkan pada waktu cuti ini. Oleh itu, jangan tangguh lagi!!! Jika tidak mampu menyiapkannya sekali gus dalam masa yang singkat, buatlah kerja itu sedikit demi sedikit sepanjang minggu pertama cuti sekolah. Sebaiknya anda buatkan jadual waktu belajar.
3. Menyemak nota-nota
Jangan lupa untuk menyemak nota-nota anda setiap hari. Jika terdapat nota yang tidak lengkap, anda harus kemaskini dengan segera. Anda juga boleh merujuk kepada nota-nota kawan yang telah lengkap atau merujuk kepada buku rujukan. Apabila nota anda sudah lengkap, ini memudahkan anda untuk mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan pada tahun hadapan.
4. Menjawab soalan berformat UPSR, PMR, SPM, STAM atau STPM.
Ambillah kesempatan pada musim cuti ini dengan membiasakan diri anda dengan menjawab soalan-soalan yang berformat UPSR, PMR, SPM, STAM atau STPM. Banyakkan menjawab set soalan berformat peperiksaan tersebut. Antara set soalan yang boleh anda jawab ialah koleksi soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. Bertanyalah pada kekawan untuk mendapatkan set-set soalan tersebut.
5. Tubuhkan kumpulan belajar
Banyak faedah apabila belajar secara berkumpulan. Antaranya ialah boleh berkongsi ideadan maklumat dengan rakan-rakan yang lain. Selain itu, anda juga boleh melakukan perbincangan dan membuat nota ringkas mengikut topik yang telah ditetapkan.
6. Membaca bahan bacaan tambahan
Anda boleh menggunakan masa terluang semasa cuti sekolah ini dengan membaca bahan-bahan bacaan tambahan yang berbentuk ilmiah. Antaranya ialah majalah, surat khabar, buku-buku berbentuk motivasi dan sebagainya.
Akhir kalam dari saya semoga anda menggunakan masa cuti sekolah ini sebaik mungkin. Jangan membazirkan masa anda dengan melepak, berkunjung ke pusat-pusat game dan sebagainya. Gunakan masa itu untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat kepada diri anda. Semoga anda berjaya pada masa akan datang.
Sebelum saya akhiri kalam ini, saya ingin berpesan kepada para ibu bapa agar awasilah pergerakkan anak anda. Sepertimana kita ketahui sekarang adalah musim banjir, jangan biarkan anak-anak bermain air untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.
“SELAMAT BERCUTI………………


PESAN DR FDZILAH KAMSAH

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
1.    Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2.    Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
1.    kita ingat 10 % apayang dibaca
2.    kita ingat 20% apa yang didengar
3.    kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
4.    kita ingat 70% apa yang dicakapkan
5.    kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3.    Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4.    Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
…Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….
5.    Belajar dalam persekitaran kondusif.
1.    pastikan cahaya adalah terang
2.    kurangkan gangguan bunyi
3.    tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
4.    tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
5.    kerusi dan meja menghadap kiblat
6.    jangan lupa untuk senyum
6.    Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7.    Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8.    Tahu teknik merangsang memori:
1.    memasukkan maklumat dalam memori (registration)
2.    menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
3.    mengingat kembali (recall)
4.    menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
9.    Sentiasa awal dan mendahului:
1.    persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
2.    pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
3.    belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
4.    untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
10.                       Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
11.                       Mempunyai teknik membaca yang betul:
1.    duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
2.    memberikan tumpuan sepanuhnya
3.    menggunakan jari telunjuk untuk membaca
4.    menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12.                       Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
13.                       Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
14.                       Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15.                       Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16.                       Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
17.                       Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
18.                       Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19.                       Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20.                       Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21.                       Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
22.                       Tahu petua mengulang kaji
1.    cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
2.    siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
3.    duduk tegak dikerusi yang selesa
4.    baca doa penerang hati
5.    baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
6.    fikir dan ingat kembali isi utama
7.    catat/lakar
8.    semak semula ketepatan maklumat
9.    ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
10.                       buat rumusan
11.                       jawab soalan
12.                       tampal maklumat yang rumit di dinding
13.                       baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23.                       Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
24.                       Tahu petua-petua agar tidak lupa:
1.    jangan makan kepala ikan
2.    jangan makan organ dalaman
3.    jangan minum semasa makan
4.    jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
5.    jangan melihat kemaluan
6.    jangan melihat buih
7.    jangan membaca nama pada batu nisan
8.    banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
9.    banyakkan makan kismis, kurma dan madu
10.                       banyakkan makan kekacang
11.                       pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
12.                       jangan makan sehingga terlalu kenyang
13.                       jangan kencing berdiri
25.                       Tahu kemahiran mengingat:
1.    tampal nota-nota penting di dinding
2.    tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
3.    gunakan kaedah akronim
4.    reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
5.    pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26.                       Cekap mengatur jadual belajar:
1.    mempunyai jadual belajar
2.    patuh kepada jadual
3.    buat jadual yang boleh diikuti
27.                       Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
28.                       Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
29.                       Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
30.                       Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
31.                       Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32.                       Pelbagaikan tempat belajar.
33.                       Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34.                       Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
35.                       Ciri-ciri pelajar cemerlang:
1.    taat kepada Allah
2.    mendirikan sembahyang
3.    menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
4.    hormati & sayangi guru
5.    bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
6.    suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
7.    membantu rakan yang memerlukan
8.    berdoa dan bersyukur kepada Allah
9.    sentiasa bertawakal
10.                       mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

doa kejayaan mu

DOA MEGHADAPI  PEPERIKSAAN
Wahai tuhanku lapangkanlah dadaku
Dan mudahkanlah urusanku…amin
DOA KETIKA SUKAR MENYELESAIKAN SESUATU MASALAH
wahai tuhanku,tak ada yang mudah dan engkau menghapuskan duka cita dengan mudah jika kau inginkan
DOA KETIKA MENUNTUT ILMU
Wahai tuhanku,kayakanlah
Aku dengan ilmu hiaskanlah diriku dengan ketenangan jiwa dan muliakanlah diriku dengan afiat

MAkaNan SUnnAH

KHASIAT MAKANAN
MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa’” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
1. Menghadap Kiblat
2. Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
3. Baca doa penerang hati
4. Makan secara keman seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang
5. Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambah akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa.
Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
1. Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
2. Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru



rawatlah rambut dan muka mu....

Ambil telur putih sahaja , masukan telur putih dalam bekas kecil
Ambil Kapas, dan ambil cebisan kapas kecil , sapukan telur itu di kapas..
letakkan di jerawat itu, sebolehnya lakukan cara itu sebelum tidur..
hasilnya ,jerawat itu akan melekat di kapas itu…
selamat mencuba…

Seringkali jerawat halus ini menganggu fikiran kita. Walaupun tidak kelihatan jelas namun kulit muka masih menggerutu. Untuk mangatasi masalah ini ambil dua sudu tepung ubi. Kemudian dicampurkan dengan air asam jawa. Biar kelihatan pekat. Simpan dalam pei sejuk selama 1/2 jam. Sebelum tidur pakai sebagai mask/topeng.
Oleh, Ieyzann, Bagan Serai Perak

Masalah Uban

Ambil sebiji kelapa tua diparut dan ambil santan pekatnya. Didihkan hingga keluar minyak. Tuangkan minyak itu ke dalam botol dan rendam bersama halba. Gunakan minyak ini setiap hari. Uban anda akan berkurangan dan rambut anda akan hitam semula.

Luruskan Rambut Kerinting

Rambut kerinting mudah kusut dan kurang menarik. Untuk cuba meluruskan rambut cubalah petua ini. Parut sebiji kelapa tua, ambil santan perahan pertama menggunakan segelas air suam. Campurkan santan dengan perahan air limau nipis, kemudian simpan dalam peti sejuk. Gunakan santan ini sebagai krim rambut. Sapukan ke rambut dengan cermat kemudian cuci bersih. Cuba selama seminggu dan lihat hasilnya.
Oleh, Suzana Abd Manan, Kajang Selangor.

Hapuskan Kutu

Ambil sebiji buah nona, dibasuh dan ditumbuk hingga halus. Campurkan dengan sedikit air. Kamudian sapu ramuan ini di kepala. Tutup dengan tuala suam dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas.

Yogurt lembutkan rambut

Masukkan dua sudu besar susu tepung dalam cawan. Bancuh dengan air suam lebih kurang 60 celsius. Kacau dan perahkan air limau nipis. Kacau lagi dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 6 jam. Apabila pekat bolehlah dilumurkan pada rambut anda. Biarkan selama sejam dan bilas. Amalkan selalu, insyaAllah rambut akan semakin lembut dan mudah diurus.
Oleh, Aimi Zabudin, Kuala Lipis, Pahang

Keguguran Rambut

   Kisar biji halba sampai hancur dan sapukan di atas rambut. Selepas dibiarkan selama setengah jam. baru dibilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. Pastirambut menjadi bersinar serta tiada masalahkeguguran sekali.

Merawat Rambut Berbuah Dan Bercabang

Petua 1 : Ramas daun pinang. Kemudian, campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan 2 minggu sekali.
Petua 2 : Tumbuk daun inai dan lumurkan di seluruh rambut anda. Tunggu sehingga sejam baru dibasuh dan dibilas.

Melembutkan Rambut

Petua 1 : Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.
Petua 2 : Kisar 5 biji limau nipis bersama dengan kulitnya hingga halus. Tapis dan sapukan airnya di kepala ketika mandi dan perapkan seketika. Kemudian, cuci bersih. Petua ini membuat rambut anda lembut beralun malah menghilangkan kelumumur.

Meluruskan Rambut

Petua 1 : Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja. Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya.Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.
Petua 2 : Basuh rambut anda dengan air nanas yang manis. Peram air nanas itu semalaman. Selepas itu lumurkan ke atas kepala dan biarkan selama 15 minit. Kemudian basuh dengan syampu sehingga bersih.

Mengelak Keguguran Rambut

Petua 1 : Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.
Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
Petua 2 : Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.
Petua 3 : Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Menghilangkan Kelemumur

Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala. Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.